My Blog List

Friday, May 11, 2012

Bismillah..segala puji bagi Allah.

Sudah berabad rasanya aku tidak membersihkan blog ini dengan sawang-sawang.Bukan kerana terlalu sibuk,tapi kerana kemalasan yang menghimpit lantas menghalang diri dari menulis.

Kali ini,post saya mengenai Ujian Allah.Terfikir di benak fikiran untu memendam sahaja,namun saya ingin kalian mendapat 'ibrah dari apa yang ingin saya titipkan di sini.


Tanggal 9 Mei 2012 merupakan hari yang paling sedih bagi diri ini.Ya,aku tahu,orang lain juga merasai kesedihan pada situasi yang berbeza,namun dugaan kami berlainan.Coretan ini bukan bermakna aku ingin meluahkan perasaan yang terbuku,namun ingin ku titipkan agar ianya bisa menjadi iktibar buat semua yang membacanya.Aku juga telah mengambil 'ibrah daripada apa yang terjadi.

Petang itu,tepat jam 4 petang,selepas sahaja selesai kuliah bersama Dr.Lukman,aku mengajak sahabatku,Nadia Raizan untuk ke KPS.Kebetulan,jualan untuk gerai APK masih berlansung di sana.Kami turun ke tempat parking motorsikal.Mataku melilau mencari kelibat motorku yang bernombor plat KCJ 6913.Namun,tiada ku jumpa.Aku menelefon sahabat baikku kerana kebetulan dia yang menggunakan motor tersebut sebelum kami masuk ke kelas yang sama.Sahabatku turun untuk mencari bersama-samaku.Namun,hampa.Apa yang ada di depanku hanyalah ruang mtor yang kosong.

Aku bagaikan tidak percaya.Saat itu,aku berasa sangat 'blur' dan otakku kosong.Aku seperti mengalami suatu kejutan.Lantas aku terduduk di tepi jalan.Aku tidak menangis.Mataku melilau di sekitar kawasan parking yang agak lengang.Nadia duduk di sebelahku dan mengusap bahagian belakang badan.Saat itu,baru aku merasa berada di alam nyata kembali.Tiba-tiba sahaja air mataku tumpah.Deras.Panas.Aku agak teresak2 menahan hiba.Sahabat baikku sendiri agak bingung dengan apa yang berlaku.

Mujurlah seorang sahabat muslimim datang menghulurkan bantuan.Dia meminjamkan keretanya untuk aku bt report di balai polis.Dalam perjalanan ke balai polis,aku sekadar mendiamkan diri,tidak berbicara dengan sahabatku kerana aku takut aku akan menyalahkan dirinya.Lebih baik aku berdiam sahaja.

Selesai report,aku menelefon mama untuk memberi khabar ini.Mama sangat terkejut namun bila mendengar esakan anaknya di hujung talian,mama mengambil side untuk memujukku.Kata-kata seorang ibu kepada anaknya,"kakcik jangan sedih,dah takdak rezeki la tu motor kakcik hilang,insyaAllah ada rezeki motor kakcik jumpa balik.Jangan sebab benda- benda nie hubungan kakcik dengan sahabat jadi keruh.Allah tak buat semua nie tanpa sebab.Mesti ada hikmah yang kakcik tak nampak.Mungkin hikmah tu tak nampak sekarang,tapi akan nampak di hujung nanti" begitulah kata-kata tasyji' dari mama.Air mataku mengalir deras.Terima kasih mama kerana memahami anakmu.

Selesai sahaja mama bercakap,baba pula yang memujukku."kakcik,jaga kesihatan.kakcik kan tak sihat sangat,jangan fikir pasal motor tu.InsyaAllah,kehilangan tu blh diganti dengan yang baru,kakcik bayangkan orang lain yang kehilangan ayah,ibu keluarga,yang tak boleh diganti semula.macam mana?kakcik,sedangkan ikan yang dipancing pun boleh terlepas,apalah daya kita sebagai hamba nak menentukan takdir yang berlaku pada diri kita?

Air mataku kering.Kata-kata motivasi dari baba dan mama menguatkanku.Aku membelek tafsir al-Qur'an dan terjumpa ayat ini :

         "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?" (surah al-ankabut :2)

Akhirnya,aku mula belajar apa itu makna sebenarnya 'KESABARAN' dan 'KETABAHAN'.Benar,kadang-kadang aku merasa menyesal dengan apa yang berlaku,namun semuanya sudah berlaku.Aku tidak boleh berpatah ke belakang atau mengundur semula masa.Life Must Go ON~! Kehilangan pembantu setia di saat susah dan senang bukan bererti aku harus menyerah dalam perjuangan ini.Tidak,ia baru bermula.


Walaupun agak sukar bagiku untuk menerima hakikat ini,namun aku gagahkan jua diri ini untuk redha dengan apa yang berlaku.Aku mula belajar apa itu erti kesusahan bila tiada pengangkutan untuk aku bergerak ke sana-sini.Pengalaman semalam mematangkan kita.Aku bersyukur Ya Allah..Cuma,jika masih ada ruang perikemanusiaan dalam hati si pengambil motor,aku mengharapkan jua motorku dikembalikan.YaAllah,hanya Engkau sahaja yang boleh membalas segala perilaku manusia.Semoga 'dia' menerima hukuman yang setimpalnya dan insaf dengan perbuatan terkutuk itu.


Aku baru diuji dengan ujian yang sedikit dalam tempoh taklifan baru ini.Aku tidak tahu apa yang bakal aku tempuhi pada masa akan datang.Sekurang-kurangnya dengan ujian yang sedikit ini,aku sudah belajar menjadi seorang yang kuat dan tegar.InsyaAllah,segala yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.Terima kasih pada kakak dan angah yang memberi kata-kata perangsang padaku.Jua tak dilupakan sahabat handai yang sentiasa mengambil berat akan diri ini.Syukran Kathir..~Allah Knows Better~ :)

No comments:

Post a Comment