My Blog List

Thursday, December 23, 2010

Hati seorang anak

"knp dgn kamu nie ha?makan pun xreti,habis tumpah,hesh..bertuah punya budak"leter seorang ibu di sebuah kedai makan.Saya beristighfar dalam hati kerana agak terkejut mendengar suara wanita yang saya kira umurnya sudah menjangkau 30-an.Saya lihat anaknya tunduk menahan malu.Mukanya merah padam apabila melihat ramai mata yang memandang mereka.

"kutiplah cepat!kamu nie memalukan ibu la..macam nie yang ibu tak nak bawa kamu keluar..haish..ada anak pun menyusahkan"rungut ibu itu lagi.Selera makan saya sudah hilang.Saya memandang wajah kakak yang daripada tadi merenung ke wajah wanita itu."ibu zaman sekarang..''luah kakak perlahan.

Semua pelanggan yang berada di kedai makan itu memerhati sahaja gelagat ibu yang sedang memarahi anaknya bertalu-talu.Sekali-sekala dapat didengari perkataan-perkataan yang kurang enak dijamah oleh telinga saya.Saya dapat lihat anaknya menangis teresak-esak.Hati saya diruntun pilu melihat kanak-kanak yang saya anggarkan umurnya baru mencecah 10 tahun dicubit dan ditampar ibunya.

Patutlah zaman sekarang ramai remaja yang melarikan diri dari rumah dan terjebak dalam kancah maksiat yang tak putus-putus melanda negara kita hari ini.Acapkali kita dengar di mana-mana sahaja hatta di dalam lagu sekalipun "rumahku syurgaku",tapi kalau anak dilayan seperti tidak punyai perasaan di luar rumah,bagaimana keadaannya di dalam rumah?Astaghfirullah..

Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak ini seharusnya bermula sejak dari kecil lagi untuk membentuk diri anak-anak ke arah peribadi yang bisa mencontohi Rasulullah..tapi,selalu yang kita dengar."alah..anak aku tu kecil lagi,knp nak ajar dia solat?biarlah dia seronok dulu dengan kawan-kawan.."..walaupun saya belum berkahwin tetapi naluri hati saya menidakkan keadaan-keadaan yang boleh merosakkan peribadi anak-anak.

Anak-anak mempunyai peringkat atau tahap yang boleh dibentuk.Tidak semua kanak-kanak dapat menerima teguran yang menyakitkan jasadnya dan tidak semua remaja yang boleh menurut semua arahan dari orang tuanya dengan cara paksaan.Saya kongsikan kisah di atas untuk kita semua muhasabah dari sekarang.Zuriat yang bagaimanakah mahu kita bentuk suatu hari nanti?Ada yang mengatakan,kalau mahu lihat anak-anak,lihatlah ibu bapanya dulu..bagaimana ibu bapanya begitulah anaknya.

Saya memandang wanita tadi keluar dari kedai makan bersama-sama dengan anaknya yang sudah kering air mata di pipi.Mungkin dia sudah letih untuk memberitahu ibunya isi hati yang selama ini dipendam seorang diri.Wahai ibu,tolonglah memahami hati anakmu..

Imam at-Tabrani meriwayatkan dari Ali r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : 
"Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan singahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya beserta para nabinya dan orang-orang yang suci".     (Riwayat Ad-Dailami)

No comments:

Post a Comment