My Blog List

Monday, April 25, 2011

~didikan bermula dari rumah~

Benarlah apa yang dikatakan orang selama ini.."pendidikan bermula dari rumah"..acapkali di ruang media massa mahupun media elektronik masing-masing menunding jari kepada guru atas didikan yang tidak berkesan di sekolah.Sebagai seorang bakal guru,saya bukanlah sengaja mahu menyebelahi golongan ini,namun saya kesal kerana golongan yang berada di rumah memandang enteng isu pendidikan anak-anak.


Walaupun para murid menghabiskan masa mereka lebih kurang 8 jam di sekolah,namun ia masih belum mencukupi untuk menerapkan nilai moral kepada murid-murid.Teringat saya dengan kata-kata seorang sahabat ketika kami berbual-bual.


''pentingnya nilai Islam diterapkan dalam pendidikan anak-anak"kataku kepadanya."benar..namun kalau sekadar ajar tanpa ada penghayatan tak jadi juga..kena bagi anak-anak hayati dan faham betul-betul Islam ini agama yang macam mana..sesetengah golongan hanya mampu memberi ajaran Pendidikan islam kepada anak-anak namun sukar untuk memahamkan anak-anak segala syariat dan panduan yang telah digariskan oleh Islam untuk kita..sedangkan Islam itu agama yang sangat sempurna malangnya kita lah yang sering tersasar dalam menerjemahkan makna Islam ini kepada mereka yang tidak tahu atau kurang tahu."


Berbalik kepada soal pendidikan anak-anak,pendapat saya ibu bapa adalah golongan yang paling penting dalam pentarbiyahan anak-anak.Masa di rumah adalah lebih banyak berbanding di sekolah.Alangkah ruginya jika kita tidak memanfaatkan masa kecil mereka dengan mendidik anak-anak ke arah insan yang mampu menjadi sebaik-baik manusia.

Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya"


Mendidik bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang sebelah mata sahaja.Sedangkan menjadi seorang mua'llim belum tentu mampu menjadi seorang mutarabbi.Sama-samalah kita memikirkan perihal ini meskipun kita masih belum bersedia untuk berkahwin.Ingatlah,anak-anak kita adalah generasi masa depan yang memimpin negara.Pembentukan dalam diri mereka bermula dengan didikan kita.

2 comments:

  1. masalah institusi keluarga yang banyak mempengaruhi~balik mengajar kat agama arau ya.

    ReplyDelete
  2. yaqut hulaif : ya insyaAllah..junior2 kena tlg kak2 gak..=)

    ReplyDelete