My Blog List

Thursday, May 19, 2011

Secebis Rasa

Bismillah...

Malam ini..malam penuh syahdu..diri terasa letih kerana terlalu banyak dihimpit dengan bebanan tugas yang kadang2 mendesak diri ini supaya berehat sepuas-puasnya..allahu akbar! hanya itu yang mampu lahir dari hati..kuatkan aku ya Allah..di saat sahabat-sahabat yang lain bersama keluarga menikmati enaknya cuti panjang,aku dan teman-teman masih sibuk dengan urusan kampus.terkesan jua di hati ini dengan perasaan cemburu hingga akhirnya melahirkan secebis perasaan tak ikhlas..walaupun Allah jua yang Maha Menilai setiap apa yang ada dalam hati hambaNya,namun diri yang dhoif ini sedar,kadang-kadang sukarnya untuk ikhlas.

Akibat rasa keterpaksaan ini,menyebabkan diri terasa semakin jauh dan mula didatangi bisikan-bisikan jahat..yaAllah..jauhkanlah aku..macam mana ya mahu benar-benar ikhlas dengan apa yang kita buat?berbicara tentang ikhlas memangla mudah,namun untuk dipraktikkan dalam diri amatlah sukar.

Semoga aku dan sahabat-sahabat masih tergolong dalam golongan yang bersyukur dan ikhlas melakukan gerak kerja ini..yaAllah..jauhkan kami dari riya..tak tahulah banyak-banyak amalan yang kita buat,mana satu yang diterima oleh Allah?alangkah malunya andai kata kita seorang pejuang hebat di dunia namun di akhirat kita tak dipandang lansung oleh Allah..malunya aku Allah...........

Monday, April 25, 2011

~didikan bermula dari rumah~

Benarlah apa yang dikatakan orang selama ini.."pendidikan bermula dari rumah"..acapkali di ruang media massa mahupun media elektronik masing-masing menunding jari kepada guru atas didikan yang tidak berkesan di sekolah.Sebagai seorang bakal guru,saya bukanlah sengaja mahu menyebelahi golongan ini,namun saya kesal kerana golongan yang berada di rumah memandang enteng isu pendidikan anak-anak.


Walaupun para murid menghabiskan masa mereka lebih kurang 8 jam di sekolah,namun ia masih belum mencukupi untuk menerapkan nilai moral kepada murid-murid.Teringat saya dengan kata-kata seorang sahabat ketika kami berbual-bual.


''pentingnya nilai Islam diterapkan dalam pendidikan anak-anak"kataku kepadanya."benar..namun kalau sekadar ajar tanpa ada penghayatan tak jadi juga..kena bagi anak-anak hayati dan faham betul-betul Islam ini agama yang macam mana..sesetengah golongan hanya mampu memberi ajaran Pendidikan islam kepada anak-anak namun sukar untuk memahamkan anak-anak segala syariat dan panduan yang telah digariskan oleh Islam untuk kita..sedangkan Islam itu agama yang sangat sempurna malangnya kita lah yang sering tersasar dalam menerjemahkan makna Islam ini kepada mereka yang tidak tahu atau kurang tahu."


Berbalik kepada soal pendidikan anak-anak,pendapat saya ibu bapa adalah golongan yang paling penting dalam pentarbiyahan anak-anak.Masa di rumah adalah lebih banyak berbanding di sekolah.Alangkah ruginya jika kita tidak memanfaatkan masa kecil mereka dengan mendidik anak-anak ke arah insan yang mampu menjadi sebaik-baik manusia.

Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya"


Mendidik bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang sebelah mata sahaja.Sedangkan menjadi seorang mua'llim belum tentu mampu menjadi seorang mutarabbi.Sama-samalah kita memikirkan perihal ini meskipun kita masih belum bersedia untuk berkahwin.Ingatlah,anak-anak kita adalah generasi masa depan yang memimpin negara.Pembentukan dalam diri mereka bermula dengan didikan kita.

Sunday, January 30, 2011

pilihlah aku untuk ikhlas yaAllah..

Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain.  Demikian kata2 hukama yang menerjah ruang fikiranku.  Ah, betapa kurangnya kau melakukan kebaikan.. bisik hati kepada diri sendiri.  Justeru, mata, telinga dan indera yang lain masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang lain.  Terasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu cepat, diri terasa masih merangkak-rangkak menyusur jalan taubat.

Betapa sekali-sekala melakukan kebaikan terasa hebat bukan kepalang.  Tanpa sedar riak bertandang.  Terasa ingin dipamerkan segala-galanya agar dipuji dan disanjung dengan kata-kata dan anugerah manusia.  Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri.  Padahal nilai amal yang sebegitu tidak ada harganya walau sedebu.  Apatah lagi ALLAH yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu.  Dan manusia pun akhirnya akan memandang sinis dan loya dengan ‘aku’ mu.

Apabila riak itu adalah tertipu dengan kehadiran manusia, sum’ah pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa.  Walaupun sesiapa di mata tetapi di hati masih mengharap-harap amal yang kononnya disembunyikan itu diketahui juga oleh manusia.  Ah, alangkah indah rasanya apabila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu diheboh-hebohkan pula.  Ah, hebatnya dia! Begitu kata sanjung yang dijunjung.  Pada ketika itu hati pun berbunga.  Aduh, sum’ah lebih dasyat tipuannya daripada riak.

Apabila terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga yang tidak kurang hebatnya... ujub! Takjub dan berasa hairan terhadap diri sendiri.  Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan bersembunyi yang diharapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri.  Betulkah ini aku? Alangkah hebatnya.  Terasa diri bagaikan wali apabila amal ibadah mengatasi orang lain.  Aku bukan manusia biasa.  Aku tinggi mengatasi semua.  Ujub hakikatnya lebih sukar dikesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.

Bukan mudah untuk ikhlas.  Semakin dicari terasa semakin misteri.  Memang, ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH.  Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH..itu tidak ikhlas.  Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH.. itupun tidak ikhlas.  Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai dipertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah.  Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru.  Bantu aku, memahami dan menangani rahsia ini.

Beribadahlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat.  Begitu pesan hukama yang menjadi kompas hati.  Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari.  Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu.  Jangan mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal.  Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah.  Pedulikan ujub yang menanti masa untuk menyusup.  Tega dan relakan sahaja.

Teringat apa yang dipesankan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya, “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?” Lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata,”Teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia.”

Teringat pula apa yang pernah ditanyakan oleh Abu Hurairah kepadada Nabi Muhammad SAW tentang seorang yang mengerjakan solat tetapi masih mencuri.  Lalu Rasulullah menegaskan solat itu lambat-laun akan menghilangkan tabiatnya yang buruk itu.  Jadi, jika dirimu masih melakukan kejahatan, ingatlah itu bukan alasan untuk tidak dan berhenti melakukan kebaikan.  Bahkan iringilah perbuatan dosa dengan kebaikan kerana kebaikan itu lambat cepat akan menghapuskan kejahatan.

Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yang sangat dalam.   Yang terjangkau olehku hanyalah sebutir percikan ombak dipermukaannya.  Namun, aku juga hamba ALLAH yang berhak menuju-NYA.  Ketika aku keliru, tunjukkanlah.  Ketika aku lemah, perkukuhkanlah.  Ketika alpa, ingatkanlah.  Hanya Dikau wahai ALLAH yang berhak memilih sesiapa untuk dianugerahkan rasa ikhlas itu.  Padaku hanya tadbir..pada-Mu segala takdir.  Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-Mu.
Pilihlah aku untuk ikhlas.. Amin!

Tuesday, January 18, 2011

~muhasabah subuh~

Kata Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:
"Yang paling awal diseru di hari kiamat adalah orang yang hafal Al Quran dan seorang yang syahid dalam peperangan serta seorang yang kaya."


Maka firman Allah kepada yang hafal Al Quran,
"Apakah Aku tidak mengajarmu? Mengajar Al Quran yang Aku turunkan kepada Rasul-Ku?"
Jawab orang itu, "Tentu saja ya Tuhanku."

Dan firman Allah, "Digunakan untuk apa ilmu yang kau miliki itu?"
Jawabnya, "Aku amalkan dan aku kaji siang dan malam."

Firman Tuhan, "Kamu dusta!"
Demikian pula para malaikat berkata, "Kamu dusta."

Firman Tuhan, "Sebenarnya Kamu hanya ingin menjadi seorang qari maka cukuplah pujian orang-orang itu sebagai ganjaranmu. Itulah bagianmu."

Sekarang giliran orang yang mati di dalam peperangan dihadapkan kepada Tuhan yang Maha Esa dan Tuhan berfirman,
"Apakah yang engkau telah lakukan di dunia?"
Jawabnya, "Saya diperintahkan ikut perang sabil, kemudian perintah itu saya jalankan sampai saya mati dalam peperangan itu."

Firman Allah: "Kamu dusta!"
Demikian pula para malaikat berkata, "Kamu dusta."

Firman Allah, "Sebetulnya kamu ingin dipuji sebagai seorang yang berani (pahlawan). Cukuplah pujian itu sebagai bagianmu."

Kemudian tibalah giliran orang kaya dihadapkan ke hadirat Allah SWT. Firman Allah,
"Apakah engkau tidak diberi kekayaan oleh-Ku? Sehingga engkau tidak memberikan kepada sesiapapun?"
Jawab orang kaya, "Tentu saja ya Tuhan, hamba telah diberi kekayaan olehMu."

Firman Tuhan,"Dipergunakan untuk apa kekayaan yang Aku berikan padamu itu?"
Jawabnya, "Saya pergunakan untuk bersilaturrahim dan bersedekah."

Firman Tuhan, "Kamu berdusta!"
Demikian pula para malaikat berkata, "Kamu berdusta."

Firman Tuhan, "Sebetulnya kamu ingin dipuji sebagai seorang yang pemurah. Pujian orang-orang itulah sebagai bagian untukmu."

"Kemudian Rasulullah menepuk lututku," kata Abu Hurairah dan Rasulullah bersabda, "Ya Abu Hurairah untuk merekalah Api Neraka pertama kali akan dinyalakan."

Thursday, December 23, 2010

Hati seorang anak

"knp dgn kamu nie ha?makan pun xreti,habis tumpah,hesh..bertuah punya budak"leter seorang ibu di sebuah kedai makan.Saya beristighfar dalam hati kerana agak terkejut mendengar suara wanita yang saya kira umurnya sudah menjangkau 30-an.Saya lihat anaknya tunduk menahan malu.Mukanya merah padam apabila melihat ramai mata yang memandang mereka.

"kutiplah cepat!kamu nie memalukan ibu la..macam nie yang ibu tak nak bawa kamu keluar..haish..ada anak pun menyusahkan"rungut ibu itu lagi.Selera makan saya sudah hilang.Saya memandang wajah kakak yang daripada tadi merenung ke wajah wanita itu."ibu zaman sekarang..''luah kakak perlahan.

Semua pelanggan yang berada di kedai makan itu memerhati sahaja gelagat ibu yang sedang memarahi anaknya bertalu-talu.Sekali-sekala dapat didengari perkataan-perkataan yang kurang enak dijamah oleh telinga saya.Saya dapat lihat anaknya menangis teresak-esak.Hati saya diruntun pilu melihat kanak-kanak yang saya anggarkan umurnya baru mencecah 10 tahun dicubit dan ditampar ibunya.

Patutlah zaman sekarang ramai remaja yang melarikan diri dari rumah dan terjebak dalam kancah maksiat yang tak putus-putus melanda negara kita hari ini.Acapkali kita dengar di mana-mana sahaja hatta di dalam lagu sekalipun "rumahku syurgaku",tapi kalau anak dilayan seperti tidak punyai perasaan di luar rumah,bagaimana keadaannya di dalam rumah?Astaghfirullah..

Tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak ini seharusnya bermula sejak dari kecil lagi untuk membentuk diri anak-anak ke arah peribadi yang bisa mencontohi Rasulullah..tapi,selalu yang kita dengar."alah..anak aku tu kecil lagi,knp nak ajar dia solat?biarlah dia seronok dulu dengan kawan-kawan.."..walaupun saya belum berkahwin tetapi naluri hati saya menidakkan keadaan-keadaan yang boleh merosakkan peribadi anak-anak.

Anak-anak mempunyai peringkat atau tahap yang boleh dibentuk.Tidak semua kanak-kanak dapat menerima teguran yang menyakitkan jasadnya dan tidak semua remaja yang boleh menurut semua arahan dari orang tuanya dengan cara paksaan.Saya kongsikan kisah di atas untuk kita semua muhasabah dari sekarang.Zuriat yang bagaimanakah mahu kita bentuk suatu hari nanti?Ada yang mengatakan,kalau mahu lihat anak-anak,lihatlah ibu bapanya dulu..bagaimana ibu bapanya begitulah anaknya.

Saya memandang wanita tadi keluar dari kedai makan bersama-sama dengan anaknya yang sudah kering air mata di pipi.Mungkin dia sudah letih untuk memberitahu ibunya isi hati yang selama ini dipendam seorang diri.Wahai ibu,tolonglah memahami hati anakmu..

Imam at-Tabrani meriwayatkan dari Ali r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : 
"Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan singahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya beserta para nabinya dan orang-orang yang suci".     (Riwayat Ad-Dailami)

Monday, December 20, 2010

Permudahkan aku YaAllah..

Alhamdulillah..saya diberi peluang untuk terus menulis dan menulis sehingga ke saat ini..sebenarnya dh lama saya tidak mengupdate blog saya lantaran terlalu sibuk dengan urusan dunia barangkali..T_T..

Semalam 20 Disember merupakan tarikh yang amat menguji kesabaran saya kerana semalam merupakan tempoh pendaftaran subjek bagi pelajar tahap awal..saya juga merupakan timbalan bagi batch 10/11 dan mesti menyelaraskan semua subjek yang telah diberikan oleh pihak lajnah SMPI..

Semalam berlakunya banyak masalah dari segi pendaftaran dan kawan-kawan mulai resah.Saya turut mengalami masalah pendaftaran kerana setiap kali saya mengaccess masuk ke laman web pendaftaran tersebut,akan muncul "anda dihalang membuat pendaftaran kerana masih berhutang dengan bendahari um sebanyak rm2.40"

Hairan juga saya kerana saya telah pun membuat pembayaran di bank islam bersama-sama dengan mama sebelum ini.Saya lantas menelefon ke pejabat bendahari UM dan betapa saya terkejut kerana duit rm2.40 yang saya masukkan ke akaun bendahari UM rupanya telah salah dimasukkan ke akaun bendahari UUM..sakitnya hati saya saat itu dengan ditambah masalah pendaftaran kawan-kawan yang belum selesai.

Saya segera menelefon seorang sahabat kerana kebetulan dia juga mahu membayar hutang tertunggaknya.Alhamdulillah,dia telah membantu saya..(syukran kathir ili..=)  tetapi saya diuji lagi apabila
setiap kali saya mengaccess masuk,pendaftaran saya tetap dihalang.Apabila saya menelefon pejabat bendahari UM,tiada respon dari mereka.

Saya benar-benar rasa diri diuji..masuk hari ke-2 pun saya masih belum boleh membuat pendaftran subjek..YaAllah..semoga segala urusanku dipermudahkan Mu..kebetulan saat ini saya ada program di tempat lain dan harus menghentikan proses pendaftran buat sementara waktu.

Semoga segalanya dipermudahkan Allah..dan semoga kawan-kawan yang lain akan turut dipermudahkan..amin..